2009-01-14

Senandung Mbak Siti u/ Palestin

Dari album E.M.A.S, 2003:

Kualitas audio diturunkan hingga 25% agar ukuran berkas tidak terlalu besar.
[audio http://ry.web.id/audio/Siti%20Nurhaliza%20-%20Oda%20Bumi%20Anbia.mp3]

Lirik diambil utuh (belum disunting) dari:
http://www.lyricmania.com/siti+nurhaliza-oda+bumi+anbia-lyric.html
Melalui pencarian menggunakan Google.

.:: Oda Bumi Anbia ::.


Prologue
Izinkan ku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu
Dari kaca TV dan dada-dada akhbar
Kau sendiri melihat dan mendengarinya, bukan?
Penganiayaan satu bangsa terhadap
Satu bangsa yang lain
Beginilah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan

Merengkok tubuh mungil
Diatas pasir berbumbung langit
Entah apalah dosanya
Rebah dihinggapi peluru yang tak bermata

Berkawat lasykar angkuh
Dibalik jentera perisainya
Berselendangkan senjata
Tiada belas nuraga nun dihatinya



Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar ber-raja…oh
(oh..mengapa?…oh)

Monologue
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin
Nablus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Layskar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya
Kanak-kanak atau orang tua
Tidak mengapa
Pada mereka sama sahaja!!!

Mengalir darah merah
Di atas bumi suci Anbia
Laungan intifada
Bergema membakar semangat perjuangan

Epilogue
Sampai bila…?
Sampai bilakah penindasan dan
Kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
Menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila rakyatnya harus terus
Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?

Aku sendiri menanti jawapnya…

No comments:

Post a Comment